Hari Terbuka Pusat Internet Batang Maro

18 Ogos 2019 | Aktiviti Terkini

Pada 17 Ogos 2019 yang lepas, pihak Pusat Internet Batang Maro telah mengadakan Program Hari Terbuka Pusat Internet Batang Maro untuk kali ketiga. Program ini bertujuan untuk mempromosikan pusat internet kepada komuniti setempat dan mengeratkan lagi silaturrahim di antara petugas dan penduduk kampung. Pelbagai aktiviti-aktiviti menarik diadakan pada hari tersebut. Antara aktiviti-aktiviti dalaman adalah Pertandingan Mewarna dan Pertandingan Menaip dengan mengikut kategori. Aktiviti sukaneka luar pula adalah Pertandingan Menganyam Ketupat, Pertandingan Meniup Belon, Pertandingan Bowling Kelapa, Pertandingan Mengisi Air Dalam Botol menggunakan Span, Pertandingan Pancing Botol, dan Pertandingan Dart.

Seramai 150 orang pengunjung dari Kampung Batang Maro dan Kampung Paloh telah menghadiri Program Hari Terbuka ini. Selain itu, terdapat juga pengisian Ceramah Advokasi E-Waste, KDB dan Pendedahan MyTV kepada komuniti setempat seramai 100 orang. Diharapkan program sebegini dapat menarik lebih ramai pengguna untuk mengunjungi sekaligus menggunakan khidmat yang disediakan di Pusat Internet.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali